twitter


Salam Sejahtera kepada pengunjung setia Pusat Sumber SMKSS

Tidak lama lagi cuti semester akan bermula. Cuti kali ini selama dua minggu. Asal ada cuti saje, semua hendak pergi melancong dan bercuti, kan. Apa kata kali ini kita bercuti di Malaysia. Banyak tempat-tempat menarik yang perlu kita lawat di Malaysia ini. 

Oleh yang demikian, bagi pameran bertema bulan Mei dan Jun, 
 Pusat Sumber SMK Seri Sendayan kali ini telah tampil dengan tema
 "CUTI-CUTI 1 MALAYSIA" 





Terdapat maklumat tempat-tempat menarik di Malaysia, buku-buku yang berkaitan dengan kebudayaan/ perayaan dan makanan di Malaysia serta maklumat tentang  tempat-tempat menarik di Malaysia dari segi sejarah, keindahan alam dan lokasi yang menarik untuk dilawati di setiap negeri. Pelajar-pelajar juga boleh menjawab soalan kuiz yang disediakan selepas membaca maklumat. 

0 comments:

Post a Comment