twitter


SALAM  SEJAHTERA DAN SALAM 1 MALAYSIA..............

Di sini, ada satu perkara yang ingin saya kongsi bersama.
Awal pagi semalam dan sampailah hari kedua pagi ini, saya bersama seorang staf sokongan sekolah sangatlah sibuk mengemas dan menceriakan bilik kerja pss. Dalam mengemaskan dan mengeluarkan majalah-majalah yang dah agak lama serta suratkhabar-suratkhabar yang dah nak sampai ke dinding, terjumpalah satu majalah yang memang sungguh lama. Agak terkejut juga saya lihat tahun terbitan majalah tersebut. Hah..............skrol lah  ke bawah untuk melihat imej tersebut:)





Ya, itupun dia............majalah Dewan Sastra yang kini dikenali sebagai Dewan Sastera. Majalah ini telahpun berusia 36 tahun. Majalah ini adalah keluaran Ogos tahun 1975. Harganya hanyalah 80 sen. Agaknya pembaca-pembaca ada yang belum lahir lagi, kan?
Untuk pengetahuan pembaca,
"Dewan Sastera diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka setiap pertengahan bulan sejak Januari 1971 dan awal bulan mulai Jun 1986.

Satu-satunya majalah sastera elit di Malaysia, menjadi rujukan utama buat penggemar sastera tempatan. Sidang editornya pernah dikelolai oleh nama-nama besar dalam bidang kesasteraan tanah air, seperti Sasterawan Negara Keris Mas, Sasterawan Negara Usman Awang, Sasterawan Negara Abdullah Hussain, Kemala, Suhaimi Muhammad, Sasterawan Negara Anwar Ridhwan, Zaen Kasturi dan Siti Zaleha Mohd Hashim.

Majalah yang menjadi wadah untuk paparan semua genre sastera seperti skrip, cerpen, sajak, puisi dan lain-lain. Sesuai untuk tatapan masyarakat umum khususnya kepada mereka yang meminati perkembangan sastera tanah air, peminat penulisan kreatif dan bukan kreatif serta para ilmuwan".
Maklumat ini dipetik dari: http://www.facebook.com/dewansastera