twitter


Pada 4 Februari 2014 jam 12.30 Mesyuarat Induk Pusat Sumber Kali Pertama
telah diadakan di Pusat Sumber SMK Seri Sendayan.

Agenda Mesyuarat:
- Ucapan alu-aluan Pengerusi
-Membentangkan dan mengesahkan minit mesyuarat 2/2013
-Pengurusan PSS-Pembentangan Fail Kuasa dan Takwim PSS
-Perbincangan Pelancaran Program NILAM peringkat PKG Nilai
-Hal-hal lain

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Tuan Pengetua SMK Seri Sendayan,
Tn Hj Norfaimi b. Mohamad Nor.
Banyak program dan aktiviti yang telah dibincangkan.
Antaranya perlaksanaan program galakan membaca, NILAM, pengemaskinian
BBM, fungsi radio sekolah, pengoperasian galeri sejarah, penambahan bahan buku di PSS dan
keceriaan dan keindahan  PSS dalam menarik minat warga SMKSS untuk mengunjungi
pusat sumber dan wujudkan budaya membaca di kalangan warga sekolah.






0 comments:

Post a Comment