twitter



Salam Sejahtera!!!!

Bertemu kita kembali di penghujung hari bulan April. 

Lawatan ke Perpustakaan Negara Malaysia sempena Bengkel Literasi Maklumat dan Media (LMM) sekolah-sekolah ahli PKG Nilai 2013 anjuran bersama BTPNNS/ PKG Nilai dengan kerjasama
Perpustakaan Negara Malaysia dan PPD Seremban merupakan satu usaha yang amat membanggakan 
semua Guru Perpustakaan dan Media khususnya.
Lawatan ini telah diadakan pada 29 April 2013 (Isnin) di Perpustakaan Negara Malaysia. 

Objektif LMM:
* Memberi pengetahuan kepada peserta mengenai keperluan maklumat dan kepentingan literasi maklumat
* Mendedahkan peserta kepada kaedah pencarian, pengurusan dan etika penggunaan maklumat dengan lebih cekap dan efektif
* Meningkatkan kemahiran peserta mengenai penilaian maklumat yang sahih dan menyebarkan bahan maklumat yang diperoleh bagi tujuan perkongsian ilmu dan maklumat.
Perasmian oleh: YBhg. Dato' Raslin b. Abu Bakar,
Ketua Pengarah Perpustakaan Negfara Malaysia
Penolong Pengarah BTPN Negeri Sembilan, En Kamaruzzaman b. Hj Ayob



Hiasan sempena Sambutan Hari Buku Sedunia 2013
yang menambat hati kami semua:) Kreatif sangat kan!!!
Saya bersama Penolong Pengarah BTPN NS~En Kamaruzzaman
dan Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Nilai~En Thanesh
Bengkel Kem Literasi Maklumat dan Media



Inilah antara cenderahati yang telah disediakan oleh Perpustakaan 
Negara Malaysia untuk peserta (GPM)...


Terima kasih yang tidak terhingga kepada BTP Negeri Sembilan, PKG Nilai,
Perpustakaan Negara Malaysia dan juga kepada semua pihak yang telah memberi peluang
kepada semua ahli GPM dalam menerokai literasi maklumat dan media secara mendalam 
dan mendapat ilmu yang amat berguna serta perkongsian ilmu dan maklumat ini.


Salam Sejahtera!!!
 
Pada 16 April 2013 jam 2.00 petang satu taklimat dan bengkel aplikasi automasi NILAM telah diadakan di PKG Nilai. Bengkel ini telah kendalikan oleh En Tanesh.
 







Hi Salam 1 Malaysia dan Salam Sejahtera!!!!!!
 
 Bengkel dan Mesyuarat Penyelarasan Pengurusan Pusat Sumber Sekolah
Sekolah ahli PKG Nilai anjuran BTPNNS/PKG Nilai anjuran bersama PPD Seremban.
 telah diadakan pada 9 April 2013 jam 8 pagi hingga 5 petang
bertempat di PKG Nilai.