twitter


~Salam Sejahtera~
Pelancaran program NILAM peringkat sekolah telah diadakan pada 25 Februari 2013 (Isnin) dengan tujuan menyuburkan tabiat membaca di kalangan pelajar. 
Tujuan murni ini telah dirasmikan oleh GPK Hal Ehwal Murid En Zahari b. Long. Diikuti dengan persembahan pelajar, penyampaian sijil Nilam 2012 dan nyanyian beramai-ramai lagu "Membaca gaya wawasan".






Pada 23 Februari 2013, pusat sumber sekolah telah menganjurkan satu bengkel automasi bagi 
pengawas pusat sumber yang baru dilantik. Tujuan utama bengkel ini adalah bagi menunjuk cara 
kepada pengawas pusat sumber cara-cara mendaftar buku-buku baru, proses peminjaman dan
 pemulangan menggunakan sistem automasi SIAPs. Kehadiran dan komitmen yang ditunjukkan 
oleh pengawas pusat sumber sangat dihargai. Admin pss mengharapkan agar pengawas pss dapat 
bertugas dengan lebih dedikasi dan bertanggungjawab. 







  
Selamat menyambut Tahun Baru Cina kepada semua kawan-kawan yang berbangsa Cina.
Selamat Bercuti.......


Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia

Admin PSS ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada PKG Nilai, PIBG SMK Seri Sendayan, Warga SMK Seri Sendayan dan juga GPM bawah naungan PKG Nilai (teman PSS SMKS) yang telah memberikan sumbangan tidak kiralah dalam bentuk wang, sokongan mahupun tenaga.
Urusan pengautomasian telah dimulakan pada bulan April tahun 2012. Pendaftaran buku-buku lama dan baru, penyediaan kad ahli, pememoresan 'barcode untuk buku' dan termasuklah Bengkel Automasi untuk pengawas PSS SMKS. Apapun tanpa bantuan para pengawas PSS SMKSS tidaklah kemana hasilnya sekarang. Terima kasih admin PSS ucapkan kepada para pengawas PSS.
Pada 5 Februari 2013, bermulalah sistem pengautomasian menggunakan sistem SIAPs di SMK Seri Sendayan. Warga SMK Seri Sendayan bolehlah membuat pinjaman dan pemulangan dengan menggunakan kad SIAPs......



Jom ke perpustakaan..........sistem SIAPs yang lebih cekap dan kolektif.
Jangan lupa buku-buku hebat menanti anda:)


Pada 4 Februari 2013 (Isnin)telah diadakan majlis watikah perlantikan Pengawas PSS.
Penyrahan watikah kepada pengawas PSS telah disempurnakan oleh GPK Hal Ehwal Murid, 
Encik Zahari b. Long. Diharapkan dengan adanya watikah perlantikan ini pengawas PSS lebih bersemangat dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka dalam menguruskan dan memberikan perkhidmatan yang diamanahkan kepada mereka dalam membantu unit-unit pusat sumber sekolah dengan baik.

Ucapan GPK HEM, En Zahari b. Long






Bacaan ikrar yang diketuai oleh Saudari Sivagami




Pada 28 Januari 2013 iaitu hari Khamis mesyuarat jawatankuasa bagi pengawas pss telah diadakan pada jam 1.30 petang. Terima kasih kepada semua pengawas pss yang telah hadir pada hari tersebut.