twitter


Salam sejahtera semua..........Pada 2 November 2011, satu program yang bertujuan membina tabiat membaca di kalangan murid-murid sekolah dan pembelajaran sepanjang hayat telah dijalankan di SMK Seri Sendayan. Tujuan murni program ini juga diharapkan dapat memupuk minat murid untuk membudayakan amalan membaca walau di mana sahaja kita berada.


Program ini telah dirasmikan oleh GPK Akademik SMKSS En Noh b. Ahmad. Tepat pada 9.30 pagi program membaca telah dimulakan selama 33.5 minit tanpa henti iaitu 2011 saat. Program ini berjaya dijalankan dan diakhiri dengan Kuiz dan lagu Membaca Gaya Wawasan. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang berjaya menjalankan program ini.



p/s: Kertas Kerja Program KM1M dan READ boleh dimuat turun


SALAM 1 MALAYSIA......
Pada 22 Julai 2011 (Jumaat) saya bersama Pn Avilin dan 40 orang pelajar , berpeluang ke Pesta Buku N.Sembilan yang berlangsung di Jaya Jusco Seremban 2. Setibanya kami di sana, kami disambut baik oleh JAWATANKUASA GERAKAN MEMBACA DAN PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI SEMBILAN

Tahniah dan Terima kasih  diucapkan kepada Jawatankuasa Gerakan Membaca dan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan kerana telah berjaya menganjurkan pesta buku selama seminggu iaitu dari 19 hingga 24 Julai yang lalu di Jaya Jusco Seremban 2 dan juga menyediakan pengangkutan bas percuma kepada sekolah-sekolah bagi memudahkan pelajar-pelajar mengunjungi pesta buku ini.


Kami juga berpeluang bertemu dengan karikaturis negara iaitu Saudara Dwen dan Saudara Lembu Rock. Pelajar-pelajar juga dapat mengambil bahagian dalam aktiviti meneka lakaran  itu dengan simpulan bahasa atau peribahasa yang dilukiskan oleh mereka berdua.
Diharapkan pihak jawatankuasa Gerakan Membaca dan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan dapat meneruskan usaha murni ini pada masa-masa akan datang juga bagi menyemarakkan lagi semangat membaca:)












MINGGU PUSAT SUMBER SEKOLAH

Minggu PSS SMK Seri Sendayan telah diadakan pada 4 Julai hingga 12 Julai 2011. Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang minggu itu. Antaranya Ceramah Bahasa "Betulkan yang biasa, biasakan yang betul" oleh Pn Mahaya bt Mohd Yassin yang dikenali sebagai "Munsyi Dewan", Peraduan Teka Berat Buku, Peraduan Teka muka Surat Buku, Pertandingan Buku Skrap berkumpulan, Pertandingan Sudut NILAM (kelas), Sehari Bersama Penulis-Pn Ain Maisarah yang merupakan novelis remaja yang popular di kalangan remaja pada masa ini, Pameran dan Jualan Buku (PTS, Mawaddah, Kurnia Niaga),  Ulasan Buku dan Pertandingan Bercerita dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Perasmian oleh En Noh b. Ahmad, GPK Akademik
"Betulkan yang biasa, Biasakan yang betul" ceramah dari Pn Mahaya, Munsyi Dewan


Sehari bersama Penulis- Pn Ain Maisarah (Novelis Remaja) yang popular di kalangan remaja kini


Bengkel Penulisan -peserta-peserta bersama Pn Ain Maisarah (novelis) dan Pn Sundari (Guru Perpustakaan dan Media SMKSS)


Antara Hadiah-hadiah Minggu PSS

Antara aktiviti Minggu PSS

Penyampaian Hadiah oleh En Noh, GPK Akademik

Penyampaian Hadiah Oleh Pengetua SMKSS, Tn Jamaluddin b. Ahmad

Jutaan Terima Kasih diucapkan kepada Warga SMK Seri Sendayan atas kerjasama kalian dalam menjayakan Minggu Pusat Sumber Sekolah.


p/s: Kertas Kerja Minggu Pusat Sumber boleh dimuat turun
Jangan lupa tinggalkan jejak di ruang komen ye......
 Terima Kasih


Ucapan Tn Pengetua SMKSS
Tn Jamaluddin b. Ahmad
Ucapan  Ketua Penolong Pengarah
Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan
(BTPN)
En Kamaruzzaman b. Hj Ayob





Deklamasi Sajak oleh Adik Nur Fatin
Gimmik pelancaran NILAM
(Bukalah mindamu.....)
Pelancaran Program NILAM Smk Seri Sendayan telah diadakan pada 25 April 2011. Ianya telah dirasmikan oleh En Kamaruzzaman b. Hj Ayob, Ketua Penolong Pengarah Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan, BTPN N.Sembilan



Gimmik Pelancaran NILAM SMKSS


Pelajar-pelajar sedang
menceriakan papan kenyataan

Antara papan kenyataan
yang ceria
Pertandingan ini merupakan salah satu usaha untuk meningkatkan penggunaan papan kenyataan ke arah penggunaan yang lebih efektif dan kreatif untuk menyalurkan maklumat dan informasi yang berguna kepada warga sekolah. Oleh yang demikian, keceriaan adalah merupakan elemen utama untuk menarik warga sekolah untuk membaca dan menjadikannya sebagai bahan rujuk termasuklah tentang aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan sepanjang tahun. Kumpulan sasarannya ialah setiap kelas, unit kokurikulum dan bilik-bilik khas.Telah dirasmikan oleh Tuan Pengetua Cemerlang SMK Seri Sendayan, Tn Hj Muhammad Amir b. Y.M Shariff pada 21 Mac 2011. Pertandingan Keceriaan Papan Kenyataan telah dilaksanakan dalam tiga minggu sebelum membuat keputusan pertandingan. Penyampaian hadiah bagi pertandingan ini telah dijalankan pada 25 April 2011. Hadiah-hadiah kepada pemenang-pemenang setiap kategori telah disampaikan oleh Tuan Pengetua Baru SMK Seri Sendayan, Tn Jamaluddin b. Ahmad dan tetamu jemputan Ketua Penolong Pengarah, En Kamaruzzaman b. Hj Ayob dari Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan.


En Kamaruzzaman sedang menyampaikan
hadiah kepada pemenang.
Tn Jamaluddin sedang menyampaikan
hadiah kepada pemenang
Salah satu pemenang papan
kenyataan
p/s: Kertas Kerja Pertandingan Keceriaan Papan Kenyataan boleh dimuat turun
         Jangan lupa tinggalkan jejak di kotak komen ye. Terima Kasih.




~Majlis Perlantikan Pengawas PSS telah diadakan pada 14 Februari di Dewan Terbuka SMK Seri Sendayan. GPK Akademik, En Noh b.Ahmad telah menyampaikan watikah perlantikan kepada 38 orang pelajar yang telah dipilih sebagai pengawas PSS. Bacaan ikrar telah diketuai oleh Nur Akram b. Alaudin yang juga merupakan Pengerusi Pengawas PSS SMK Seri Sendayan tahun 2011. Adalah diharapkan dengan adanya perlantikan ini pengawas-pengawas PSS lebih bersemangat lagi untuk menjalankan tugas mereka dengan lebih dedikasi, amanah dan penuh bertanggungjawab~