twitter


Apalah agaknya ditengok-tengokkan itu ye.....
Terdengar pula mana Sendayan.....hah ini dia....kat sini:)

*Pelajar-pelajar ini sedang melihat atlas yang dipamerkan oleh
Admin PSS SMKSS pada hari Isnin yang lalu.

Atlas ini telah ditemui dalam almari bilik kerja. 
Jadi admin rasa apalah salahnya dipamerkan untuk tatapan warga SMKSS.
Lihatlah tahun terbitannya.......1977....ada yang belum lahir lagi kan:)




Untuk Makluman Warga SMK Seri Sendayan!!!

Tujuan program ini adalah untuk meningkatkan lagi bilangan buku 
 yang masih kurang berbanding dengan pertambahan pelajar sekolah ini.
Sehubungan dengan itu, pihak sekolah khususnya Pusat Sumber SMKSS
mengharapkan dan mengalu-alukan sumbangan buku dari warga SMKSS.

JOM  DERMA  BUKU!!!!


Salam Sejahtera dan Salam Perpaduan!!!

Setelah dua minggu cuti sekolah, rasa-rasanya pusat sumber sekolah
SMK Seri Sendayan perlu berubah wajah.
Oleh yang demikian, bagi menambahkan keceriaan di pusat sumber, satu gotong royong telah diadakan pada 11 Jun 2013. 

Pengawas-pengawas PSS telah membantu bersama-sama
dalam gotong royong keceriaan ini.
Terima kasih atas khidmat dan kerjasama anda kalian. 





SEBELUM...............

SELEPAS..............


Makluman kepada Warga SMK Seri Sendayan
Sempena Minggu Pusat Sumber 
pada 17 Jun hingga 21 Jun 2013 yang akan diadakan, pusat sumber akan
menganjurkan beberapa pertandingan.


Di antaranya:

* Peraduan Teka Muka Surat Buku (Terbuka)
* Peraduan Teka Berat Buku (Terbuka)
* Pertandingan Melukis Kulit Buku (Terbuka)
* Pertandingan Biar Buku Bicara (Terbuka)
* Kuiz PSS (Terbuka)
* Pertandingan Fail Tegak (Semua Panitia Matapelajaran)


#Borang penyertaan boleh didapati dari Penyelaras PSS
#Hadiah-hadiah menarik menanti anda.
Jangan lepaskan peluang untuk menyertainya....ye!!!


Terima kasih tidak terhingga di atas sumbangan buku-buku 
bertema kreatif  terbitan Institut Terjemahan & Buku Malaysia
yang diterima pada hari ini. 

Antara buku-bukunya:-





Salam sejahtera semua!!!!
Cuti sekolah dua minggu dah pun tamat.....
Esok dah mula sekolah.

Moga hari-hari yang akan ditempuhi lebih baik, lebih ceria♥