twitter


Kepada Semua Kaum Bapa
Hari ni adalah hari yang istimewa buat mereka yang bergelar bapa. 
Pengorbanan seorang bapa memang tiada tandingannya.

 Kadang kala dengan kesibukan kerja dan study, kita lupa kepada orang yang telah banyak berkorban dan berjasa untuk kita.
Curilah sedikit masa untuk bertanya khabar, sekurang-kurangnya mereka rasa diri mereka disayangi, dirindui dan dihargai.


BAHASA  DUNIA
 PAMERAN BERTEMA BULAN JUN

Pentingnya Bahasa dalam Kehidupan

Manusia tidak dapat lepas dari bahasa. Terbukti dari penggunaannya untuk percakapan sehari-hari, tentu ada bahasa yang membuat satu sama lain dapat berkomunikasi, saling menyampaikan maksud. Tak hanya dalam bentuk lisan, tentu saja bahasa juga digunakan dalam bentuk tulisan. 
 Tanpa bahasa tidak mungkin kita dapat berinteraksi, kerana bahasa adalah sumber untuk terciptanya interaksi manusia dengan yang lainnya. Bahasa di dunia ini sangat banyak.
Bahasa bukan saja berbeza di setiap negara, bahkan dalam satu negara pun terdapat banyak bahasa dari daerah atau wilayah masing-masing.
Oleh yang demikian, Pusat Sumber Sekolah SMK Seri Sendayan kali ini menyelami beberapa BAHASA DUNIA sebagai pameran bertema bagi bulan JUN. 
Antaranya Bahasa Ukrania, Bahasa Karen, Bahasa Gaelic, Bahasa Portugis dan juga bahasa-bahasa yang semakin pupus.


Salam Sejahtera dan Salam1 Malaysia..................

Pada 13 Jun 2012, Pusat Sumber Sekolah SMK Seri Sendayan telah mengadakan satu bengkel Teknik Memproses Bahan Buku dan Bahan Bukan Buku. Bengkel ini telah dikendalikan oleh Guru Perpustakaan dan Media iaitu saya sendiri. Seramai 38 orang pengawas PSS telah hadir. Syabas saya ucapkan kepada Pengawas PSS SMK Seri Sendayan atas kehadiran dan kerjasama yang telah diberikan oleh pengawas PSS.

Melalui bengkel ini, pengawas PSS  telah diberikan pendedahan berkaitan proses teknik buku dan bukan buku dan sistem pengelasan buku. Pengawas PSS juga diberikan penerangan menguruskan perpustakaan sekolah.

Pelbagai persediaan telah dibuat bagi tujuan pengendalian bengkel ini. Antaranya power point, cenderahati untuk pengawas PSS, peralatan yang diperlukan untuk teknik memproses antaranya cop perolehan, buku-buku dan cdri yang belum diproses, slip tarikh pulang, kad poket, kad pinjaman, 'sellotape', 'sticker' untuk tulang buku dan sebagainya.  



Cenderahati untuk peserta-peserta bengkel




 Diharapkan agar bengkel ini telah dapat manfaat kepada pengawas PSS SMK Seri Sendayan dalam menguruskan pusat sumber sekolah dan dapat menambah pengetahuan serta meningkatkan tahap profesionalisma mereka sebagai tenaga penggerak perkhidmatan pusat sumber. 



Salam Sejahtera!!!!!!!

Pada 11 Jun 2012 iaitu sebaik sahaja sesi persekolahan bermula setelah 
bercuti selama dua minggu,  Pusat Sumber Sekolah telah mengadakan 
aktiviti gotong-royong bersama pengawas PSS. 
Gotong-royong ini bertujuan untuk memberi nafas baru kepada perpustakaan SMK Seri Sendayan. Antara aktiviti yang di lakukan ialah mengitar semula kertas –kertas dan buku-buku yang tidak lagi digunakan serta mengatur susun semula peralatan seperti rak-rak buku dan rak-rak majalah.




Semua pengawas PSS telah memberi kerjasama yang amat baik sekali. Juga ribuan terima kasih kepada sebilangan pelajar yang juga dengan rela hatinya telah turut serta dalam gotong royong tersebut.