Salam Sejahtera!!!!!!!
Pada 11 Jun 2012 iaitu sebaik sahaja sesi persekolahan bermula setelah 
bercuti selama dua minggu,  Pusat  Sumber Sekolah telah  mengadakan 
aktiviti gotong-royong bersama  pengawas PSS. 
Gotong-royong ini  bertujuan untuk  memberi nafas baru kepada perpustakaan SMK Seri Sendayan. Antara aktiviti yang di lakukan ialah     mengitar semula kertas –kertas dan buku-buku yang tidak lagi digunakan serta mengatur susun semula peralatan seperti rak-rak buku dan rak-rak majalah.
Semua pengawas PSS  telah  memberi kerjasama yang amat baik sekali. Juga ribuan terima kasih kepada sebilangan pelajar yang juga dengan rela hatinya telah turut serta dalam gotong royong tersebut. 






