Pada 27 September (2.30-4.30 petang) telah diadakan bengkel automasi (peringkat 1) untuk pengawas PSS SMK Seri Sendayan. Seramai 12 orang pengawas PSS terlibat dalam bengkel ini. Dalam
bengkel ini para pengawas didedahkan cara penggunaan sistem automasi
yang akan digunakan di Pusat Sumber pada tahun 2013. Pengawas PSS juga didedahkan dengan cara menguruskan pinjaman dan pulangan buku
menggunakan sistem automasi menggunakan sistem SIAPS. Pelajar yang ingin
meminjam buku di PSS perlu menunjukkan 'SIAPScard' dan pengawas PSS akan
'scan' pada buku dan pada 'barcode' di buku yang hendak dipinjam. Pengawas PSS juga diajar
cara memasukkan data tentang buku atau maklumat peminjam selain cara
mencetak senarai pelajar lewat meminjam dan cara mencari buku yang ada
di Pusat Sumber.Jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam pengoperasian sistem pengautomasian ini.
Syabas dan terima kasih kepada pengawas PSS.
Selamat Bertugas ye:)
Syabas dan terima kasih kepada pengawas PSS.
Selamat Bertugas ye:)
March 4, 2013 at 8:56 PM
hi, saya nak tanya ttg sistem automasi.mana nak dptkan sitem ni. saya baru jd gpm tahun ni. kurang ilmu tolong bantu saya