Salam Ceria
Keluarga Dikasihi, Tetangga Dihormati.
Indah Tampan Kerana Budi, Tinggi Bangsa Kerana Bahasa.
Menurut
 kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) edisi ketiga cetakan keenam 
2002(m/s180), budi didefinisikan sebagai akal,kebijaksanaaan atau sifat 
baik, perbuatan baik dan kebajikan.
Budi
 bahasa merujuk kepada tutur kata,kelakuan,sopan santun dan 
tatatertib,akal kebijaksanaan dan perbuatan kebajikan tercantum dalam 
kata-kata mulia,dengan kata lain,setiap gerak laku,tutur kata,tata 
hidup,pemikiran dan perasaan baik terhadap orang lain.
 Yang merah itu saga, yang kurik itu kendi. Yang indah itu bahasa yang 
elok itu budi”, demikianlah ungkapan yang menggambarkan kepentingan 
berbudi bahasa dalam kehidupan masyarakat kita. Ungkapan ini disusuli 
pula dengan bidalan yang mengatakan bahawa budi bahasa tidak boleh 
dijual beli.
Pilihan PSS SMK Seri Sendayan bagi Bulan Julai ini Budi Bahasa Amalan Mulia sebagai satu peringatan kepada semua agar amalan ini harus menjadi paksi kehidupan kita yang mesti 
diteruskan kerana amalan ini merupakan nilai-nilai murni yang telah kita
 warisi sejak turun-temurun. Bak kata pepatah, hidup di kandung adat 
mati di kandung tanah.
 
Kita juga sudah ketandusan budaya sapa-menyapa, kurangnya rasa 
hormat-menghormati, tidak menghargai harta benda awam dan tidak 
mengutamakan kepada kebersihan. Keadaaan ini jika dibiarkan, 
lama-kelamaan akan merosakkan tamadun dan mencemarkan budaya bangsa yang
 kaya dengan budi pekerti serta nilai-nilai murni yang tinggi.








