twitter


Tak lama lagi, kita akan sambut Hari Ibu iaitu pada 13 Mei 2012 hari Ahad ini.
SELAMAT HARI IBU,  PSS SMK Seri Sendayan ucapkan khususnya buat sekalian ibu-ibu dan bakal-bakal ibu di seluruh pelusuk dunia. 

 Kasih ibu membawa ke syurga, Syurga di bawah tapak kaki ibu, begitulah ungkapan yang sering kita dengar.Setiap kali sambutan hari ibu berlangsung kita juga tidak terlepas dari mengingati ibu kita,tidak kiralah cara bagaimana kita mengingatinya yang penting kasih terhadap ibu sentiasa tersemat dijiwa dan berpanjangan…

      Hari Ibu ini diwujudkan adalah sebagai langkah untuk memberi pengiktirafan kepada seluruh ibu di dunia tentang jasa dan pengorbanan mereka.
Baiklah, jangan lupa doakan kesejahteraan dan kebaikan buat ibu kalian.


Sesungguhnya, tanpa mereka disisi, siapalah kita.

Hargailah mereka selagi adanya insan yang bergelar IBU


"Selamat Hari Ibu" 


0 comments:

Post a Comment