twitter


Pelajar-pelajar sedang
menceriakan papan kenyataan

Antara papan kenyataan
yang ceria
Pertandingan ini merupakan salah satu usaha untuk meningkatkan penggunaan papan kenyataan ke arah penggunaan yang lebih efektif dan kreatif untuk menyalurkan maklumat dan informasi yang berguna kepada warga sekolah. Oleh yang demikian, keceriaan adalah merupakan elemen utama untuk menarik warga sekolah untuk membaca dan menjadikannya sebagai bahan rujuk termasuklah tentang aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan sepanjang tahun. Kumpulan sasarannya ialah setiap kelas, unit kokurikulum dan bilik-bilik khas.Telah dirasmikan oleh Tuan Pengetua Cemerlang SMK Seri Sendayan, Tn Hj Muhammad Amir b. Y.M Shariff pada 21 Mac 2011. Pertandingan Keceriaan Papan Kenyataan telah dilaksanakan dalam tiga minggu sebelum membuat keputusan pertandingan. Penyampaian hadiah bagi pertandingan ini telah dijalankan pada 25 April 2011. Hadiah-hadiah kepada pemenang-pemenang setiap kategori telah disampaikan oleh Tuan Pengetua Baru SMK Seri Sendayan, Tn Jamaluddin b. Ahmad dan tetamu jemputan Ketua Penolong Pengarah, En Kamaruzzaman b. Hj Ayob dari Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan.


En Kamaruzzaman sedang menyampaikan
hadiah kepada pemenang.
Tn Jamaluddin sedang menyampaikan
hadiah kepada pemenang
Salah satu pemenang papan
kenyataan
p/s: Kertas Kerja Pertandingan Keceriaan Papan Kenyataan boleh dimuat turun
         Jangan lupa tinggalkan jejak di kotak komen ye. Terima Kasih.

3 comments:

  1. aktiviti yg menarik

  1. assalamualaikum cikgu. boleh share kertas kerja pertandingan keceriaan papan kenyataan. terima kasih cikgu

  1. menarik dan sangat membantu.terima kasih cikgu sudi berkongsi kertas kerja.

Post a Comment