twitter



Salam Sejahtera!!!!

Bertemu kita kembali di penghujung hari bulan April. 

Lawatan ke Perpustakaan Negara Malaysia sempena Bengkel Literasi Maklumat dan Media (LMM) sekolah-sekolah ahli PKG Nilai 2013 anjuran bersama BTPNNS/ PKG Nilai dengan kerjasama
Perpustakaan Negara Malaysia dan PPD Seremban merupakan satu usaha yang amat membanggakan 
semua Guru Perpustakaan dan Media khususnya.
Lawatan ini telah diadakan pada 29 April 2013 (Isnin) di Perpustakaan Negara Malaysia. 

Objektif LMM:
* Memberi pengetahuan kepada peserta mengenai keperluan maklumat dan kepentingan literasi maklumat
* Mendedahkan peserta kepada kaedah pencarian, pengurusan dan etika penggunaan maklumat dengan lebih cekap dan efektif
* Meningkatkan kemahiran peserta mengenai penilaian maklumat yang sahih dan menyebarkan bahan maklumat yang diperoleh bagi tujuan perkongsian ilmu dan maklumat.
Perasmian oleh: YBhg. Dato' Raslin b. Abu Bakar,
Ketua Pengarah Perpustakaan Negfara Malaysia
Penolong Pengarah BTPN Negeri Sembilan, En Kamaruzzaman b. Hj Ayob



Hiasan sempena Sambutan Hari Buku Sedunia 2013
yang menambat hati kami semua:) Kreatif sangat kan!!!
Saya bersama Penolong Pengarah BTPN NS~En Kamaruzzaman
dan Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Nilai~En Thanesh
Bengkel Kem Literasi Maklumat dan Media



Inilah antara cenderahati yang telah disediakan oleh Perpustakaan 
Negara Malaysia untuk peserta (GPM)...


Terima kasih yang tidak terhingga kepada BTP Negeri Sembilan, PKG Nilai,
Perpustakaan Negara Malaysia dan juga kepada semua pihak yang telah memberi peluang
kepada semua ahli GPM dalam menerokai literasi maklumat dan media secara mendalam 
dan mendapat ilmu yang amat berguna serta perkongsian ilmu dan maklumat ini.


Salam Sejahtera!!!
 
Pada 16 April 2013 jam 2.00 petang satu taklimat dan bengkel aplikasi automasi NILAM telah diadakan di PKG Nilai. Bengkel ini telah kendalikan oleh En Tanesh.
 







Hi Salam 1 Malaysia dan Salam Sejahtera!!!!!!
 
 Bengkel dan Mesyuarat Penyelarasan Pengurusan Pusat Sumber Sekolah
Sekolah ahli PKG Nilai anjuran BTPNNS/PKG Nilai anjuran bersama PPD Seremban.
 telah diadakan pada 9 April 2013 jam 8 pagi hingga 5 petang
bertempat di PKG Nilai.
 









Hi, salam sejahtera semua:)

 

Pilihan admin PSS SMKSS bagi pameran bertema bulan Mac dan April ialah



 
DUNIA SAINS DAN MATEMATIK
 




 
 

 
*Warga SMKSS jangan lupa ye cuba kuiz matematik, IQ puzzle (matematik) dan dapatkan maklumat tentang Sains dan Matematik:) 
 
Sehingga bertemu kembali......Salam perpaduan^_^
 


Salam Sejahtera semua.....
 
Ucapan terima kasih kepada teman PSS SMKSS iaitu GPM baru SJK(T) Desa Cempaka
Pn Santhi kerana kesudiaan beliau mengundang saya ke sekolah beliau untuk khidmat bantu
 dalam teknik memproses bahan buku.
Seramai 9 orang pengawas pss bersama GPM SJK(T) Desa Cempaka telah turutserta
dalam program ini.




 



~Salam Sejahtera~
Pelancaran program NILAM peringkat sekolah telah diadakan pada 25 Februari 2013 (Isnin) dengan tujuan menyuburkan tabiat membaca di kalangan pelajar. 
Tujuan murni ini telah dirasmikan oleh GPK Hal Ehwal Murid En Zahari b. Long. Diikuti dengan persembahan pelajar, penyampaian sijil Nilam 2012 dan nyanyian beramai-ramai lagu "Membaca gaya wawasan".






Pada 23 Februari 2013, pusat sumber sekolah telah menganjurkan satu bengkel automasi bagi 
pengawas pusat sumber yang baru dilantik. Tujuan utama bengkel ini adalah bagi menunjuk cara 
kepada pengawas pusat sumber cara-cara mendaftar buku-buku baru, proses peminjaman dan
 pemulangan menggunakan sistem automasi SIAPs. Kehadiran dan komitmen yang ditunjukkan 
oleh pengawas pusat sumber sangat dihargai. Admin pss mengharapkan agar pengawas pss dapat 
bertugas dengan lebih dedikasi dan bertanggungjawab. 







  
Selamat menyambut Tahun Baru Cina kepada semua kawan-kawan yang berbangsa Cina.
Selamat Bercuti.......


Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia

Admin PSS ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada PKG Nilai, PIBG SMK Seri Sendayan, Warga SMK Seri Sendayan dan juga GPM bawah naungan PKG Nilai (teman PSS SMKS) yang telah memberikan sumbangan tidak kiralah dalam bentuk wang, sokongan mahupun tenaga.
Urusan pengautomasian telah dimulakan pada bulan April tahun 2012. Pendaftaran buku-buku lama dan baru, penyediaan kad ahli, pememoresan 'barcode untuk buku' dan termasuklah Bengkel Automasi untuk pengawas PSS SMKS. Apapun tanpa bantuan para pengawas PSS SMKSS tidaklah kemana hasilnya sekarang. Terima kasih admin PSS ucapkan kepada para pengawas PSS.
Pada 5 Februari 2013, bermulalah sistem pengautomasian menggunakan sistem SIAPs di SMK Seri Sendayan. Warga SMK Seri Sendayan bolehlah membuat pinjaman dan pemulangan dengan menggunakan kad SIAPs......



Jom ke perpustakaan..........sistem SIAPs yang lebih cekap dan kolektif.
Jangan lupa buku-buku hebat menanti anda:)