twitter

Showing posts with label Pertandingan Anjuran PSS. Show all posts
Showing posts with label Pertandingan Anjuran PSS. Show all posts

Pertandingan penghasilan fail tegak antara panitia mata pelajaran 
 telah dipertandingkan sempena Minggu Pusat Sumber
SMK Seri Sendayan yang berlangsung selama dua minggu.

  
(TUGASAN PENGHASILAN FAIL TEGAK)
PERTANDINGAN FAIL TEGAK
ANTARA PANITIA-PANITIA MATAPELAJARAN
SMK SERI SENDAYAN
ANJURAN PUSAT SUMBER SEKOLAH
TAHUN 2013

1. CARA-CARA MEMBUAT FAIL TEGAK (SEPERTI YANG DILAMPIRKAN)
2. TUGASAN
v BUAT SATU FAIL KERATAN AKHBAR
v JUMLAH KERATAN 20 HELAI KE ATAS
v PILIH SATU TEMA/ TAJUK KHUSUS
v AKHBAR BAHASA MELAYU / INGGERIS/ MAJALAH/ RISALAH/ SUMBER-SUMBER LAIN
v MEMPUNYAI SENARAI ISI KANDUNGAN
v MEMPUNYAI ABSTRAK
v MELAKSANAKAN PROSES TEKNIK BAHAN
3. PEMILIHAN FAIL TEGAK TERBAIK 
v JUMLAH HELAIAN
v HELAIAN YANG DIPILIH BERSESUAIAN DENGAN TEMA/ TAJUK
v KREATIVITI
*HADIAH MENARIK MENANTI ANDA
*PERTANDINGAN FAIL TEGAK INI BERLANGSUNG SELAMA 2 MINGGU
 (17 JUN HINGGA 28 JUN 2013)
v MENEPATI FORMAT 


Antara fail tegak yang mendapat tempat pertama, tempat kedua dan ketiga.






Pemenang pertama: Panitia Pendidikan Moral~Pn Avilin
Pemenang kedua: Panitia Pendidkan Islam~Pn Hayati
PEmenang ketiga: Panitia Geografi~Pn Norazmaliza

Tahniah kepada Panitia Mata pelajaran yang berjaya dan juga  jutaan
terima kasih kepada yang telah mengambil bahagian.


p/s: Borang penghakiman fail tegak boleh dimuat turun. KLIK


Pertandingan brosur bilik-bilik khas telah dipertandingkan sempena Minggu Pusat Sumber Sekolah pada 2 Julai 2012. Pertandingan ini berlangsung selama 3 minggu. Pihak Pusat Sumber Sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada 'bos-bos' bilik-bilik khas atas kerjasama kalian dalam menyertai pertandingan ini walaupun dalam kesibukan tugas masing-masing.

Antara brosur-brosur yang dipertandingkan......
Brosur Makmal Komputer (Depan)
(Belakang)
Brosur Bilik Bimbingan dan Kaunseling (Depan)
(Belakang)
Johan Brosur Bilik-bilik khas- Pn Siti Zamzalina: Makmal Komputer
Naib Johan Brosur Bilik-bilik khas- Pn Sarizayati: Bilik Bimbingan & Kaunseling
Tempat Ketiga Brosur Bilik-bilik Khas-Pn Aishah: Makmal Sains
PSS SMKSS mengucapkan jutaan terima kasih kepada hakim-hakim yang adil dan saksama dalam menilai brosur-brosur bilik-bilik khas ini. Juga kepada semua pihak secara langsung dan 
tidak langsung dalam menjayakan program ini.
 



Pelajar-pelajar sedang
menceriakan papan kenyataan

Antara papan kenyataan
yang ceria
Pertandingan ini merupakan salah satu usaha untuk meningkatkan penggunaan papan kenyataan ke arah penggunaan yang lebih efektif dan kreatif untuk menyalurkan maklumat dan informasi yang berguna kepada warga sekolah. Oleh yang demikian, keceriaan adalah merupakan elemen utama untuk menarik warga sekolah untuk membaca dan menjadikannya sebagai bahan rujuk termasuklah tentang aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan sepanjang tahun. Kumpulan sasarannya ialah setiap kelas, unit kokurikulum dan bilik-bilik khas.Telah dirasmikan oleh Tuan Pengetua Cemerlang SMK Seri Sendayan, Tn Hj Muhammad Amir b. Y.M Shariff pada 21 Mac 2011. Pertandingan Keceriaan Papan Kenyataan telah dilaksanakan dalam tiga minggu sebelum membuat keputusan pertandingan. Penyampaian hadiah bagi pertandingan ini telah dijalankan pada 25 April 2011. Hadiah-hadiah kepada pemenang-pemenang setiap kategori telah disampaikan oleh Tuan Pengetua Baru SMK Seri Sendayan, Tn Jamaluddin b. Ahmad dan tetamu jemputan Ketua Penolong Pengarah, En Kamaruzzaman b. Hj Ayob dari Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan.


En Kamaruzzaman sedang menyampaikan
hadiah kepada pemenang.
Tn Jamaluddin sedang menyampaikan
hadiah kepada pemenang
Salah satu pemenang papan
kenyataan
p/s: Kertas Kerja Pertandingan Keceriaan Papan Kenyataan boleh dimuat turun
         Jangan lupa tinggalkan jejak di kotak komen ye. Terima Kasih.