twitter

Showing posts with label Bengkel/ Kursus/ Mesyuarat. Show all posts
Showing posts with label Bengkel/ Kursus/ Mesyuarat. Show all posts

Salam sejahtera dan Salam Perpaduan!!!
Satu bengkel pengurusan asas untuk pengawas pusat sumber
sesi petang telah diadakan pada hari rabu iaitu 26 Februari 2014.
Tujuan bengkel ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada pengawas
pusat sumber yang baru dilantik dalam menjalankan tugas
sebagai seorang pengawas pusat sumber.
Ianya juga untuk mengetahui sistem automasi , 
pemoresesan bahan buku dan pengurusan pss agar dapat
memberikan perkhidmatan yang baik.
Syabas kepada yang hadir.




Tarikh: 25 Februari 2014
Hari: Selasa
Tempat: PKG Nilai
Masa: 2 hingga 4.30 petang



Dengan adanya taklimat ini, segala data dan
malumat telah dapat diimport dari SSM/
APDM. Terima kasih diucapkan kepada En Thanesh ya.


Salam Sejahtera! Salam Perpaduan! Salam 1 Malaysia!

Mesyuarat Penyelarasan Pengurusan Pusat Sumber Sekolah-sekolah ahli
PKG Nilai anjuran BTPNNS/PKG Nilai dan anjuran bersama PPD Seremban telah diadakan pada 10 Februari 2014
bertempat di PKG Nilai jam 2 petang hingga 5 petang.





Ahli Jawatankuasa bagi Tahun 2014 Peringkat PKG Nilai


Pada 4 Februari 2014 jam 12.30 Mesyuarat Induk Pusat Sumber Kali Pertama
telah diadakan di Pusat Sumber SMK Seri Sendayan.

Agenda Mesyuarat:
- Ucapan alu-aluan Pengerusi
-Membentangkan dan mengesahkan minit mesyuarat 2/2013
-Pengurusan PSS-Pembentangan Fail Kuasa dan Takwim PSS
-Perbincangan Pelancaran Program NILAM peringkat PKG Nilai
-Hal-hal lain

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Tuan Pengetua SMK Seri Sendayan,
Tn Hj Norfaimi b. Mohamad Nor.
Banyak program dan aktiviti yang telah dibincangkan.
Antaranya perlaksanaan program galakan membaca, NILAM, pengemaskinian
BBM, fungsi radio sekolah, pengoperasian galeri sejarah, penambahan bahan buku di PSS dan
keceriaan dan keindahan  PSS dalam menarik minat warga SMKSS untuk mengunjungi
pusat sumber dan wujudkan budaya membaca di kalangan warga sekolah.







Salam Perpaduan dan Salam Sejahtera....
Pada 14 November 2013 (Khamis) bertempat
di Kampus Manipal International University, Nilai
berlangsungnya Kem Membaca Literasi Digital.
Kem ini telah disertai oleh Kumpulan Murid dan 
Kumpulan Guru. Kem anjuran bersama PKG Seremban,
PPD Seremban dan Manipal International University adalah
satu program yang sangat berinformasi dalam ICT.










Salam 1 Malaysia.
Pada 28 Oktober 2013, PKG Nilai telah mengadakan
satu lagi bengkel untuk semua GPM PKG Nilai iaitu
Bengkel Google Apps.
Jam 2 petang, bengkel ini telah dikendalikan oleh En Thanesh selaku
Pegawai Teknologi dan juga sebagai penceramah bagi bengkel ini.
Pendedahan yang amat berguna kepada semua GPM yang hadir.






 


Salam Perpaduan dan Salam 1 Malaysia
Pada 21 Oktober 2013 (Isnin) satu bengkel kajian tindakan
telah diadakan di PKG Nilai. 
Bengkel anjuran PKG Nilai ini telah dikendalikan oleh En Thanesh 
(Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Nilai).






Salam Sejahtera dan Salam Perpaduan:)
Pada 18 Mei bertempat di Makmal Komputer SMK Seri Sendayan, satu kursus pembangunan staf telah diadakan kepada semua guru di sekolah ini. Kursus ini bertajuk "Project Based Learning" dan "Frog VLE" untuk membantu para guru memahami dan mengaplikasikan pengajaran dan mendedahkan guru kepada kaedah pengajaran yang lebih berpusatkan murid serta juga perkongsian idea dan kemahiran dalam menggunakan teknologi untuk memperkasakan pembelajaran dan pengajaran melalui Frog VLE.
Slot "Project Based Learning" telah disampaikan oleh Pn Rumaizah (GPM dari SMK Dato' Shahardin) manakala slot "Frog VLE" telah disampaikan oleh Pn Noor Azizah (Guru ICT dari SMK Dato' Shahardin).
Buku program

Pengacara majlis
Pn Rumaizah dengan tajuk ceramahnya "Project Based Learning"




Pn Noor Azizah dengan ceramahnya "Frog-Virtual Learning Environment"
 






Secara keseluruhannya, program ini telah berjalan dengan lancar dan jayanya. 
Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung
dan tidak langsung dalam kursus dalaman ini. Jutaan terima kasih kami (SMKSS) juga 
kepada penceramah jemputan yang sudi datang untuk perkongsian ilmu ini.



Salam Sejahtera!!!!

Bertemu kita kembali di penghujung hari bulan April. 

Lawatan ke Perpustakaan Negara Malaysia sempena Bengkel Literasi Maklumat dan Media (LMM) sekolah-sekolah ahli PKG Nilai 2013 anjuran bersama BTPNNS/ PKG Nilai dengan kerjasama
Perpustakaan Negara Malaysia dan PPD Seremban merupakan satu usaha yang amat membanggakan 
semua Guru Perpustakaan dan Media khususnya.
Lawatan ini telah diadakan pada 29 April 2013 (Isnin) di Perpustakaan Negara Malaysia. 

Objektif LMM:
* Memberi pengetahuan kepada peserta mengenai keperluan maklumat dan kepentingan literasi maklumat
* Mendedahkan peserta kepada kaedah pencarian, pengurusan dan etika penggunaan maklumat dengan lebih cekap dan efektif
* Meningkatkan kemahiran peserta mengenai penilaian maklumat yang sahih dan menyebarkan bahan maklumat yang diperoleh bagi tujuan perkongsian ilmu dan maklumat.
Perasmian oleh: YBhg. Dato' Raslin b. Abu Bakar,
Ketua Pengarah Perpustakaan Negfara Malaysia
Penolong Pengarah BTPN Negeri Sembilan, En Kamaruzzaman b. Hj Ayob



Hiasan sempena Sambutan Hari Buku Sedunia 2013
yang menambat hati kami semua:) Kreatif sangat kan!!!
Saya bersama Penolong Pengarah BTPN NS~En Kamaruzzaman
dan Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Nilai~En Thanesh
Bengkel Kem Literasi Maklumat dan Media



Inilah antara cenderahati yang telah disediakan oleh Perpustakaan 
Negara Malaysia untuk peserta (GPM)...


Terima kasih yang tidak terhingga kepada BTP Negeri Sembilan, PKG Nilai,
Perpustakaan Negara Malaysia dan juga kepada semua pihak yang telah memberi peluang
kepada semua ahli GPM dalam menerokai literasi maklumat dan media secara mendalam 
dan mendapat ilmu yang amat berguna serta perkongsian ilmu dan maklumat ini.