twitter

Showing posts with label KM1M dan READ. Show all posts
Showing posts with label KM1M dan READ. Show all posts

Salam Sejahtera dan Salam Perpaduan

SMK Seri Sendayan telahpun melancarkan Kem Membaca 1 Malaysia dan Read 2013 
dengan jayanya.
Ianya telah diadakan bagi tujuan menggalakkan murid membaca buku
 dan memupuk minat untuk membudayakan 
amalan membaca walau di mana sahaja mereka berada.
Program ini telahpun dirasmikan oleh Pengetua SMKSS.
Program ini telah dimulakan selama 33.55 minit tanpa henti iaitu selama 2013 saat.
Kemudiannya program ini telah diteruskan dengan ulasan guru dan murid
secara sukarela dan penyampaian hadiah kepada ulasan-ulasan buku tersebut.







Diharapkan tujuan murni KM1M dan Read 2013 diteruskan setiap tahun
bagi menggalakkan warga SMKSS membudayakan tabiat membaca.


Pada 24 Oktober 2012 hari Rabu- Kem Membaca 1 Malaysia dan READ 2012 telah diadakan bagi tujuan menggalakkan murid membaca buku dan memupuk minat murid untuk membudayakan amalan membaca walau di mana sahaja mereka berada.

Program ini telah dilancarkan oleh GPK HEM Encik Zahari b. Long. Tepat 8 pagi program membaca tanpa henti selama 33.53 minit (2012 saat) telah diadakan. Program ini telah berjaya dijalankan dan diakhiri dengan lagu "membaca gaya wawasan".








Terima kasih kepada semua yang menjayakan program ini.


Salam sejahtera semua..........Pada 2 November 2011, satu program yang bertujuan membina tabiat membaca di kalangan murid-murid sekolah dan pembelajaran sepanjang hayat telah dijalankan di SMK Seri Sendayan. Tujuan murni program ini juga diharapkan dapat memupuk minat murid untuk membudayakan amalan membaca walau di mana sahaja kita berada.


Program ini telah dirasmikan oleh GPK Akademik SMKSS En Noh b. Ahmad. Tepat pada 9.30 pagi program membaca telah dimulakan selama 33.5 minit tanpa henti iaitu 2011 saat. Program ini berjaya dijalankan dan diakhiri dengan Kuiz dan lagu Membaca Gaya Wawasan. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang berjaya menjalankan program ini.



p/s: Kertas Kerja Program KM1M dan READ boleh dimuat turun