twitter


 Pada 4 Julai 2012 iaitu Rabu yang lalu, SMK Seri Sendayan telah mengadakan program Sepetang Bersama Pekomik anjuran Pusat Sumber Sekolah sempena dengan Minggu Pusat Sumber Sekolah yang berlangsung dari 2 Julai hingga 6 Julai 2012. Perancangan awal Program PSS ternyata menjadi kenyataan. Antara objektif perlaksanaan program ini adalah bertujuan pelajar mendapat pengetahuan tentang panduan menghasilkan sesuatu karya seni khususnya dalam bidang kartun dan dapat menonjolkan bakat mereka.


Hah.... inilah Pekomik En Rezarly (Reja) yang berkaca mata, En Haykal dari bahagian pemasaran dan jualan dan En Alif Firdaus -pekomik dan juga editor KOMIK-M yang sentiasa ceria:)
Pameran dan Jualan Buku yang telah berlangsung dari pukul 11.00 pagi hingga 1.00 tengahari- rata-ratanya buku-buku komik yang sememangnya menjadi pilihan pelajar-pelajar kini.

Pelajar-pelajar SMKSS bersama penulis En Alif Firdaus

Bertemu dengan penulis komik ini pastinya tidak lepas dari bercerita tentang komik-komik yang menjadi rebutan remaja dan pelajar-pelajar sekolah masa kini.

 En Reja dengan karyanya Shootz....

 GPM, tidak juga terlepas dari mengambil gambar bersama pekomik.

 En Reja sedang sibuk melayani peminat-peminat:)
 En Reja telah menghasilkan 4 komik solo dan 6 novel.
Nak tahu tentang En Reja.....klik di SINI
 Begitu juga dengan En Alif .....ramai peminatnya:)
En Alif telah menghasilkan 2 komik solo, 7 novel dan 1 buku non-fiksyen
Nak tahu tentang En Alif lebih lanjut lagi.....hah klik di SINI
dan yang INI


 
En Alif menunjukkan cara-cara memegang pen/pensil untuk melukis komik

Wow..........memang kreatif, kan;p
Barisan Kartunis dari KOMIK-M yang telah hadir bersama dalam program 
Sepetang Bersama Pekomik
Tunjuk ajar dari En Reja pula untuk pelajar-pelajar SMKSS

Zul, pelajar SMKSS -menunjukkan bakatnya pula


 En Reja memberikan komen bagi watak komik Zul.

 Khairul Anwar dari Tingkatan 4 Anggerik, juga menunjukkan bakatnya 
dalam melukis Komik

"Kini tiba pula giliran saya"- begitulah agaknya kata Mohd Talhah 
dari Tingkatan 1.



Sekalung penghargaan terima kasih buat En Wan Zuhairi Wan Zainuddin atau dikenali sebagai En Wanzu, Pengurus Penerbitan PTS dan Editor Komik Senior,  En Alif Firdaus yang juga editor KOMIK-M dan En Rezarly kerana sudi menerima undangan bagi program ini. Walaupun En Wanzu tidak dapat hadir pada hari program itu, beliau telah banyak membantu admin PSS dalam menjayakan program ini. Terima Kasih En Wanzu ye.....:)

Juga ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program Sepetang Bersama Pekomik.  Program ini telah dilaksanakan dengan lancar dan berkesan. Diharapkan pelajar-pelajar mendapat banyak faedahnya:)

 


Salam Ceria

Keluarga Dikasihi, Tetangga Dihormati.
Indah Tampan Kerana Budi, Tinggi Bangsa Kerana Bahasa.



Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) edisi ketiga cetakan keenam 2002(m/s180), budi didefinisikan sebagai akal,kebijaksanaaan atau sifat baik, perbuatan baik dan kebajikan.

Budi bahasa merujuk kepada tutur kata,kelakuan,sopan santun dan tatatertib,akal kebijaksanaan dan perbuatan kebajikan tercantum dalam kata-kata mulia,dengan kata lain,setiap gerak laku,tutur kata,tata hidup,pemikiran dan perasaan baik terhadap orang lain.

 Yang merah itu saga, yang kurik itu kendi. Yang indah itu bahasa yang elok itu budi”, demikianlah ungkapan yang menggambarkan kepentingan berbudi bahasa dalam kehidupan masyarakat kita. Ungkapan ini disusuli pula dengan bidalan yang mengatakan bahawa budi bahasa tidak boleh dijual beli.

Pilihan PSS SMK Seri Sendayan bagi Bulan Julai ini Budi Bahasa Amalan Mulia sebagai satu peringatan kepada semua agar amalan ini harus menjadi paksi kehidupan kita yang mesti diteruskan kerana amalan ini merupakan nilai-nilai murni yang telah kita warisi sejak turun-temurun. Bak kata pepatah, hidup di kandung adat mati di kandung tanah.  
Kita juga sudah ketandusan budaya sapa-menyapa, kurangnya rasa hormat-menghormati, tidak menghargai harta benda awam dan tidak mengutamakan kepada kebersihan. Keadaaan ini jika dibiarkan, lama-kelamaan akan merosakkan tamadun dan mencemarkan budaya bangsa yang kaya dengan budi pekerti serta nilai-nilai murni yang tinggi.



Kepada Semua Kaum Bapa
Hari ni adalah hari yang istimewa buat mereka yang bergelar bapa. 
Pengorbanan seorang bapa memang tiada tandingannya.

 Kadang kala dengan kesibukan kerja dan study, kita lupa kepada orang yang telah banyak berkorban dan berjasa untuk kita.
Curilah sedikit masa untuk bertanya khabar, sekurang-kurangnya mereka rasa diri mereka disayangi, dirindui dan dihargai.


BAHASA  DUNIA
 PAMERAN BERTEMA BULAN JUN

Pentingnya Bahasa dalam Kehidupan

Manusia tidak dapat lepas dari bahasa. Terbukti dari penggunaannya untuk percakapan sehari-hari, tentu ada bahasa yang membuat satu sama lain dapat berkomunikasi, saling menyampaikan maksud. Tak hanya dalam bentuk lisan, tentu saja bahasa juga digunakan dalam bentuk tulisan. 
 Tanpa bahasa tidak mungkin kita dapat berinteraksi, kerana bahasa adalah sumber untuk terciptanya interaksi manusia dengan yang lainnya. Bahasa di dunia ini sangat banyak.
Bahasa bukan saja berbeza di setiap negara, bahkan dalam satu negara pun terdapat banyak bahasa dari daerah atau wilayah masing-masing.
Oleh yang demikian, Pusat Sumber Sekolah SMK Seri Sendayan kali ini menyelami beberapa BAHASA DUNIA sebagai pameran bertema bagi bulan JUN. 
Antaranya Bahasa Ukrania, Bahasa Karen, Bahasa Gaelic, Bahasa Portugis dan juga bahasa-bahasa yang semakin pupus.


Salam Sejahtera dan Salam1 Malaysia..................

Pada 13 Jun 2012, Pusat Sumber Sekolah SMK Seri Sendayan telah mengadakan satu bengkel Teknik Memproses Bahan Buku dan Bahan Bukan Buku. Bengkel ini telah dikendalikan oleh Guru Perpustakaan dan Media iaitu saya sendiri. Seramai 38 orang pengawas PSS telah hadir. Syabas saya ucapkan kepada Pengawas PSS SMK Seri Sendayan atas kehadiran dan kerjasama yang telah diberikan oleh pengawas PSS.

Melalui bengkel ini, pengawas PSS  telah diberikan pendedahan berkaitan proses teknik buku dan bukan buku dan sistem pengelasan buku. Pengawas PSS juga diberikan penerangan menguruskan perpustakaan sekolah.

Pelbagai persediaan telah dibuat bagi tujuan pengendalian bengkel ini. Antaranya power point, cenderahati untuk pengawas PSS, peralatan yang diperlukan untuk teknik memproses antaranya cop perolehan, buku-buku dan cdri yang belum diproses, slip tarikh pulang, kad poket, kad pinjaman, 'sellotape', 'sticker' untuk tulang buku dan sebagainya.  



Cenderahati untuk peserta-peserta bengkel




 Diharapkan agar bengkel ini telah dapat manfaat kepada pengawas PSS SMK Seri Sendayan dalam menguruskan pusat sumber sekolah dan dapat menambah pengetahuan serta meningkatkan tahap profesionalisma mereka sebagai tenaga penggerak perkhidmatan pusat sumber. 



Salam Sejahtera!!!!!!!

Pada 11 Jun 2012 iaitu sebaik sahaja sesi persekolahan bermula setelah 
bercuti selama dua minggu,  Pusat Sumber Sekolah telah mengadakan 
aktiviti gotong-royong bersama pengawas PSS. 
Gotong-royong ini bertujuan untuk memberi nafas baru kepada perpustakaan SMK Seri Sendayan. Antara aktiviti yang di lakukan ialah mengitar semula kertas –kertas dan buku-buku yang tidak lagi digunakan serta mengatur susun semula peralatan seperti rak-rak buku dan rak-rak majalah.




Semua pengawas PSS telah memberi kerjasama yang amat baik sekali. Juga ribuan terima kasih kepada sebilangan pelajar yang juga dengan rela hatinya telah turut serta dalam gotong royong tersebut.



Antaranya : Pakar Forensik

Ahli Geomatik

Pegawai Pertanian

Baiklah, kali ini Pusat Sumber Sekolah telahpun menambahkan artikel untuk minggu ke 3 dan ke 4 dengan tajuk yang sama iaitu KERJAYA. Tema kali ini sebenarnya sedikit sebanyak menarik perhatian pelajar-pelajar untuk mengetahuinya lebih lanjut mengenai KERJAYA ketika berkunjung ke PSS.

 Penterjemah Mahkamah?


 Juruhebah?

Bidang Kejuruteraan Elektronik?


Hendak Tahu Kerjaya Yang Sesuai Untuk Anda 

Klik di sini...........KERJAYA

Ikuti kuiz mengenal peribadi anda.
Ketahuilah perkerjaan yang bersesuaian dengan anda…
Adakah anda sesuai sebagai ahli politik, ahli perniagaan, atau sebagai ahli pendidik?
Layakkah anda untuk menjadi seorang Jurutera, Doktor dan sebagainya..
Nilaikan keperibadian dan pekerjaan.


Pilih Kerjaya Bukan Kerja!!!!!!!