twitter


Salam Ceria

Keluarga Dikasihi, Tetangga Dihormati.
Indah Tampan Kerana Budi, Tinggi Bangsa Kerana Bahasa.



Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) edisi ketiga cetakan keenam 2002(m/s180), budi didefinisikan sebagai akal,kebijaksanaaan atau sifat baik, perbuatan baik dan kebajikan.

Budi bahasa merujuk kepada tutur kata,kelakuan,sopan santun dan tatatertib,akal kebijaksanaan dan perbuatan kebajikan tercantum dalam kata-kata mulia,dengan kata lain,setiap gerak laku,tutur kata,tata hidup,pemikiran dan perasaan baik terhadap orang lain.

 Yang merah itu saga, yang kurik itu kendi. Yang indah itu bahasa yang elok itu budi”, demikianlah ungkapan yang menggambarkan kepentingan berbudi bahasa dalam kehidupan masyarakat kita. Ungkapan ini disusuli pula dengan bidalan yang mengatakan bahawa budi bahasa tidak boleh dijual beli.

Pilihan PSS SMK Seri Sendayan bagi Bulan Julai ini Budi Bahasa Amalan Mulia sebagai satu peringatan kepada semua agar amalan ini harus menjadi paksi kehidupan kita yang mesti diteruskan kerana amalan ini merupakan nilai-nilai murni yang telah kita warisi sejak turun-temurun. Bak kata pepatah, hidup di kandung adat mati di kandung tanah.  
Kita juga sudah ketandusan budaya sapa-menyapa, kurangnya rasa hormat-menghormati, tidak menghargai harta benda awam dan tidak mengutamakan kepada kebersihan. Keadaaan ini jika dibiarkan, lama-kelamaan akan merosakkan tamadun dan mencemarkan budaya bangsa yang kaya dengan budi pekerti serta nilai-nilai murni yang tinggi.


0 comments:

Post a Comment