twitter


Warga SMK Seri Sendayan 
mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina 
kepada semua kaum cina yang menyambut
perayaan yang meriah ini.


Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.

Pada 2 Disember dan 3 Disember 2014, minggu orientasi Tingkatan Satu
telah diadakan.
AJK Pusat Sumber juga tidak ketinggalan dalam melibatkan diri dengan
pelajar-pelajar Tingkatan Satu.
 Guru Perpustakaan dan Media memberikan taklimat tentang
Pusat Sumber dan Program NILAM. Diikuti dengan kuiz PSS.
Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung
dan tidak langsung. Terima kasih juga kepada pelajar-pelajar
 Tingkatan Satu yang tekun mendengar taklimat tentang PSS dan Nilam.




 


Salam Sejahtera Semua.....
Bertemu kita kembali pada helaian baru 2014


Masa lalu adalah kenangan
Hari ini adalah goresan
Hari esok adalah harapan
Selamat Tahun Baru 2014
Selamat Tinggal Kenangan
Selamat Datang Harapan

 




Salam Perpaduan dan Salam Sejahtera....
Pada 14 November 2013 (Khamis) bertempat
di Kampus Manipal International University, Nilai
berlangsungnya Kem Membaca Literasi Digital.
Kem ini telah disertai oleh Kumpulan Murid dan 
Kumpulan Guru. Kem anjuran bersama PKG Seremban,
PPD Seremban dan Manipal International University adalah
satu program yang sangat berinformasi dalam ICT.










Terima kasih kepada Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri, 
N.Sembilan atas pengedaran bahan buku baaan tambahan MBMMBI
tempoh hari.

Antara buku-buku yang diterima dari BTPNNS


Salam 1 Malaysia.
Pada 28 Oktober 2013, PKG Nilai telah mengadakan
satu lagi bengkel untuk semua GPM PKG Nilai iaitu
Bengkel Google Apps.
Jam 2 petang, bengkel ini telah dikendalikan oleh En Thanesh selaku
Pegawai Teknologi dan juga sebagai penceramah bagi bengkel ini.
Pendedahan yang amat berguna kepada semua GPM yang hadir.






 


Salam Sejahtera dan Salam Perpaduan

SMK Seri Sendayan telahpun melancarkan Kem Membaca 1 Malaysia dan Read 2013 
dengan jayanya.
Ianya telah diadakan bagi tujuan menggalakkan murid membaca buku
 dan memupuk minat untuk membudayakan 
amalan membaca walau di mana sahaja mereka berada.
Program ini telahpun dirasmikan oleh Pengetua SMKSS.
Program ini telah dimulakan selama 33.55 minit tanpa henti iaitu selama 2013 saat.
Kemudiannya program ini telah diteruskan dengan ulasan guru dan murid
secara sukarela dan penyampaian hadiah kepada ulasan-ulasan buku tersebut.







Diharapkan tujuan murni KM1M dan Read 2013 diteruskan setiap tahun
bagi menggalakkan warga SMKSS membudayakan tabiat membaca.


Salam Perpaduan dan Salam 1 Malaysia
Pada 21 Oktober 2013 (Isnin) satu bengkel kajian tindakan
telah diadakan di PKG Nilai. 
Bengkel anjuran PKG Nilai ini telah dikendalikan oleh En Thanesh 
(Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Nilai).






Pada 3 Oktober 2013 seramai 40 orang pelajar
bersama dua orang guru pengiring
menyertai lawatan ke pesta buku N.Sembilan yang sedang berlangsung di Terminal 1, Seremban.
Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada Perbadanan
Perputakaan Awam Negeri Sembilan atas jemputan dan juga
menyediakan kemudahan bas untuk kami ke pesta buku.