twitter


"HERBA DAN REMPAH RATUS" 

Pameran Bertema bulan ini, Admin Pusat Sumber Sekolah SMK Seri Sendayan 
telah memilih tema
 "Herba dan Rempah Ratus".

Antara objektif pameran bertema: 
Memberi pendedahan dan pengetahuan kepada pelajar tentang asal usul herba dan  tanaman rempah-ratus yang terdapat di Malaysia.
Mengenali jenis-jenis dan khasiat rempah-ratus dari segi kesihatan.












*Kuiz pameran bertema boleh didapati daripada Penyelaras PSS


Apalah agaknya ditengok-tengokkan itu ye.....
Terdengar pula mana Sendayan.....hah ini dia....kat sini:)

*Pelajar-pelajar ini sedang melihat atlas yang dipamerkan oleh
Admin PSS SMKSS pada hari Isnin yang lalu.

Atlas ini telah ditemui dalam almari bilik kerja. 
Jadi admin rasa apalah salahnya dipamerkan untuk tatapan warga SMKSS.
Lihatlah tahun terbitannya.......1977....ada yang belum lahir lagi kan:)




Untuk Makluman Warga SMK Seri Sendayan!!!

Tujuan program ini adalah untuk meningkatkan lagi bilangan buku 
 yang masih kurang berbanding dengan pertambahan pelajar sekolah ini.
Sehubungan dengan itu, pihak sekolah khususnya Pusat Sumber SMKSS
mengharapkan dan mengalu-alukan sumbangan buku dari warga SMKSS.

JOM  DERMA  BUKU!!!!


Salam Sejahtera dan Salam Perpaduan!!!

Setelah dua minggu cuti sekolah, rasa-rasanya pusat sumber sekolah
SMK Seri Sendayan perlu berubah wajah.
Oleh yang demikian, bagi menambahkan keceriaan di pusat sumber, satu gotong royong telah diadakan pada 11 Jun 2013. 

Pengawas-pengawas PSS telah membantu bersama-sama
dalam gotong royong keceriaan ini.
Terima kasih atas khidmat dan kerjasama anda kalian. 





SEBELUM...............

SELEPAS..............


Makluman kepada Warga SMK Seri Sendayan
Sempena Minggu Pusat Sumber 
pada 17 Jun hingga 21 Jun 2013 yang akan diadakan, pusat sumber akan
menganjurkan beberapa pertandingan.


Di antaranya:

* Peraduan Teka Muka Surat Buku (Terbuka)
* Peraduan Teka Berat Buku (Terbuka)
* Pertandingan Melukis Kulit Buku (Terbuka)
* Pertandingan Biar Buku Bicara (Terbuka)
* Kuiz PSS (Terbuka)
* Pertandingan Fail Tegak (Semua Panitia Matapelajaran)


#Borang penyertaan boleh didapati dari Penyelaras PSS
#Hadiah-hadiah menarik menanti anda.
Jangan lepaskan peluang untuk menyertainya....ye!!!


Terima kasih tidak terhingga di atas sumbangan buku-buku 
bertema kreatif  terbitan Institut Terjemahan & Buku Malaysia
yang diterima pada hari ini. 

Antara buku-bukunya:-





Salam sejahtera semua!!!!
Cuti sekolah dua minggu dah pun tamat.....
Esok dah mula sekolah.

Moga hari-hari yang akan ditempuhi lebih baik, lebih ceria♥


Salam Sejahtera dan Salam Perpaduan:)
Pada 18 Mei bertempat di Makmal Komputer SMK Seri Sendayan, satu kursus pembangunan staf telah diadakan kepada semua guru di sekolah ini. Kursus ini bertajuk "Project Based Learning" dan "Frog VLE" untuk membantu para guru memahami dan mengaplikasikan pengajaran dan mendedahkan guru kepada kaedah pengajaran yang lebih berpusatkan murid serta juga perkongsian idea dan kemahiran dalam menggunakan teknologi untuk memperkasakan pembelajaran dan pengajaran melalui Frog VLE.
Slot "Project Based Learning" telah disampaikan oleh Pn Rumaizah (GPM dari SMK Dato' Shahardin) manakala slot "Frog VLE" telah disampaikan oleh Pn Noor Azizah (Guru ICT dari SMK Dato' Shahardin).
Buku program

Pengacara majlis
Pn Rumaizah dengan tajuk ceramahnya "Project Based Learning"




Pn Noor Azizah dengan ceramahnya "Frog-Virtual Learning Environment"
 






Secara keseluruhannya, program ini telah berjalan dengan lancar dan jayanya. 
Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung
dan tidak langsung dalam kursus dalaman ini. Jutaan terima kasih kami (SMKSS) juga 
kepada penceramah jemputan yang sudi datang untuk perkongsian ilmu ini.


Selamat Hari Guru buat semua guru di seluruh pelusuk dunia.
Source: Google image

Source: Google image
Terima kasih cikgu kerana mendidik dan mengajar.
Jasamu akan dikenang selamanya:)



Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia!!!!!!

Sempena sambutan Hari Buku Sedunia 2013, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
 dari  14 Mei hingga 17 Mei 2013 telah menganjurkan beberapa pertandingan dan pameran.
PSS SMKSS kali ini tidak ketinggalan dalam menyertai pertandingan Biar Buku Bicara
yang telah dianjurkan oleh USIM.


Barisan Hakim untuk Pertandingan Bercerita Sekolah Rendah




Walaupun tidak mendapat tempat pertama, kedua atau ketiga 
namun pelajar-pelajar ini bangga dapat menyertai pertandingan
sebegini  yang banyak mendatangkan manfaat untuk mereka. 

Admin PSS SMKSS
mengucapkan syabas dan terima kasih kepada peserta-peserta yang terlibat dalam
pertandingan ini kerana komitmen yang ditunjukkan oleh mereka.

Bersama GPM dari SMK Dato Shahrdin dan GPM dari SMK Taman Semarak


Admin bersama pelajar-pelajar SMKSS

Sempena Hari Buku Sedunia 2013, USIM juga telah mengadakan pameran
Koleksi Nadirdan Manuskrip, pameran dan jualan buku,
Arabic Choral Speaking (Kalam Jama'i)
 dan sebagainya

 

 
Terima kasih kami tidak terhingga atas jemputan USIM
dan diharapkan dapat mengadakan pertandingan sebegini
pada masa akan datang juga:)