twitter




Ya itulah tema pameran Bulan Januari untuk tahun ini. Seperti yang kita sedia maklum walaupun kita mempunyai wang berjuta-juta ringgit, tetapi jika kita tidak sihat, maka hilanglah segala nikmat kehidupan kita di dunia ini. Oleh itu amatlah penting bagi kita menjaga dan mempertingkatkan tahap kesihatan kita berkekalan.
Justeru itu, PSS SMK Seri Sendayan tampil dengan tema pada bulan ini "Health is Wealth" dengan harapan semua warga SMKSS sentiasa menjaga kesihatan dan sentiasa sihat walafiat:)
Antara artikel yang menjadi pilihan admin:-











UTAMAKAN KESIHATAN!!!!!!!

JOM SIHAT !!!!!!!


Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia:)

Kepada pengunjung setia...........
Jom ramai-ramai ke Pesta Buku 1 Malaysia Book Fair 2013
dari 30 Januari hingga 3 Februari 2013
di Pusat Dagangan Dunia Putra PWTC Kuala Lumpur.

Menariknya:_
Pesta Lelong Buku diskaun sehingga 80%.
Pameran Warisan Laksamana Hang Tuah
Expo Penerbitan Buku
Perhimpunan Penulis 1 Malaysia

Jommmmmm.............



Salam Sejahtera..............


Selamat Tahun Baru kepada semua:)

"Hidup adalah lembaran baru, pergantian tahun merupakan 
pergantian bab kehidupan"
Marilah sama-sama menuliskan judul kehidupan tahun 2013 ini dengan penuh semangat tinggi, penuh yakin, dengan kejayaan yang tidak terkira.
Namun setinggi mana azam dan pencapaian yang ingin kita kecapi, jangan lupa kesihatan anda. "Health is Wealth"


Pada 24 Oktober 2012 hari Rabu- Kem Membaca 1 Malaysia dan READ 2012 telah diadakan bagi tujuan menggalakkan murid membaca buku dan memupuk minat murid untuk membudayakan amalan membaca walau di mana sahaja mereka berada.

Program ini telah dilancarkan oleh GPK HEM Encik Zahari b. Long. Tepat 8 pagi program membaca tanpa henti selama 33.53 minit (2012 saat) telah diadakan. Program ini telah berjaya dijalankan dan diakhiri dengan lagu "membaca gaya wawasan".








Terima kasih kepada semua yang menjayakan program ini.


Pada 27 September (2.30-4.30 petang) telah diadakan bengkel automasi (peringkat 1) untuk pengawas PSS SMK Seri Sendayan. Seramai 12 orang pengawas PSS terlibat dalam bengkel ini. Dalam bengkel ini para pengawas didedahkan cara penggunaan sistem automasi yang akan digunakan di Pusat Sumber pada tahun 2013. Pengawas PSS juga didedahkan dengan cara menguruskan pinjaman dan pulangan buku menggunakan sistem automasi menggunakan sistem SIAPS. Pelajar yang ingin meminjam buku di PSS perlu menunjukkan 'SIAPScard' dan pengawas PSS akan 'scan' pada buku dan pada 'barcode' di buku yang hendak dipinjam. Pengawas PSS  juga diajar cara memasukkan data tentang buku atau maklumat peminjam selain cara mencetak senarai pelajar lewat meminjam dan cara mencari buku yang ada di Pusat Sumber.Jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam pengoperasian sistem pengautomasian ini.

Syabas dan terima kasih kepada pengawas PSS.
 Selamat Bertugas ye:)


"OLD IS GOLD"

 The proverb " Old is Gold" even though very short , has its own deep meaning , lying deep down, which if understood and used is worthy in our life.
 The actual meaning of this proverb is that whatever is old is actually valued as gold.
No one could deny the fact that whatever we value the most is the old things.
Ultimately , the proverb's saying that old things are not waste but are really precious , is true.

Bersesuaian dengan tema bulan ini, PSS SMKSS telah mempamerkan beberapa barangan-barangan antik dan lama di perpustakaan bagi tatapan warga SMKSS. Tujuan murni ini adalah agar generasi muda mengenali dan mengetahui barangan-barangan yang adakalanya tidak pernah dilihat atau diketahui oleh mereka. Contohnya dapur minyak tanah, dacing, pending (tali pinggang) dan sebagainya. 


PSS SMKSS mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru dan orang perseorangan kerana kesanggupan mereka berkongsi koleksi mereka bagi tujuan murni ini.


Sempena Hari Kemerdekaan ke-55 negara Malaysia yang bakal disambut pada tanggal 31 Ogos 2012 ini, warga PSS SMKSS mengambil kesempatan untuk mengucapkan

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan ke-55








Pameran PSV telah berlangsung dari 1 Ogos hingga 10 Ogos 2012.
Pameran ini menghimpunkan hasilan pelajar-pelajar Tingkatan 5 Cempakan dan 5 Dahlia.














Pertandingan brosur bilik-bilik khas telah dipertandingkan sempena Minggu Pusat Sumber Sekolah pada 2 Julai 2012. Pertandingan ini berlangsung selama 3 minggu. Pihak Pusat Sumber Sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada 'bos-bos' bilik-bilik khas atas kerjasama kalian dalam menyertai pertandingan ini walaupun dalam kesibukan tugas masing-masing.

Antara brosur-brosur yang dipertandingkan......
Brosur Makmal Komputer (Depan)
(Belakang)
Brosur Bilik Bimbingan dan Kaunseling (Depan)
(Belakang)
Johan Brosur Bilik-bilik khas- Pn Siti Zamzalina: Makmal Komputer
Naib Johan Brosur Bilik-bilik khas- Pn Sarizayati: Bilik Bimbingan & Kaunseling
Tempat Ketiga Brosur Bilik-bilik Khas-Pn Aishah: Makmal Sains
PSS SMKSS mengucapkan jutaan terima kasih kepada hakim-hakim yang adil dan saksama dalam menilai brosur-brosur bilik-bilik khas ini. Juga kepada semua pihak secara langsung dan 
tidak langsung dalam menjayakan program ini.