twitter


Salam Sejahtera dan Salam Perpaduan

SMK Seri Sendayan telahpun melancarkan Kem Membaca 1 Malaysia dan Read 2013 
dengan jayanya.
Ianya telah diadakan bagi tujuan menggalakkan murid membaca buku
 dan memupuk minat untuk membudayakan 
amalan membaca walau di mana sahaja mereka berada.
Program ini telahpun dirasmikan oleh Pengetua SMKSS.
Program ini telah dimulakan selama 33.55 minit tanpa henti iaitu selama 2013 saat.
Kemudiannya program ini telah diteruskan dengan ulasan guru dan murid
secara sukarela dan penyampaian hadiah kepada ulasan-ulasan buku tersebut.







Diharapkan tujuan murni KM1M dan Read 2013 diteruskan setiap tahun
bagi menggalakkan warga SMKSS membudayakan tabiat membaca.


Salam Perpaduan dan Salam 1 Malaysia
Pada 21 Oktober 2013 (Isnin) satu bengkel kajian tindakan
telah diadakan di PKG Nilai. 
Bengkel anjuran PKG Nilai ini telah dikendalikan oleh En Thanesh 
(Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Nilai).






Pada 3 Oktober 2013 seramai 40 orang pelajar
bersama dua orang guru pengiring
menyertai lawatan ke pesta buku N.Sembilan yang sedang berlangsung di Terminal 1, Seremban.
Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada Perbadanan
Perputakaan Awam Negeri Sembilan atas jemputan dan juga
menyediakan kemudahan bas untuk kami ke pesta buku.





Pesta Buku Negeri Sembilan 2013
kembali lagi dengan pelbagai aktiviti-aktiviti 
yang menarik.
1 Oktober hingga 6 Oktober 2013
Ada cabutan bertuah *setiap hari
dan cabutan mega juga.
Jom ramai-ramai meriahkan lagi pesta buku.


Program Khidmat Bantu PSS Daerah Seremban
Peringkat Negeri telah diadakan pada 20 September 2013 (Jumaat)
 2.30 petang di Dewan SMA Nilai.
Majlis penutupan ini telah dirasmikan oleh
Tn Abdullah b. Yussuf
Ketua Penolong Pengarah BTPN N.Sembilan

Ucapan Pengetua SMA Nilai
Ucapan Tn Abdullah b. Yussuf (Ketua Penolong Pengarah BTPNNS)
Persembahan pelajar SMA Nilai

Lawatan ke Perpustakaan SMA Nilai
(Salah satu sekolah yang mendapat khidmat bantu BTPNNS)


Permainan warisan rakyat berupaya membentuk sebahagian daripada
kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang
masyarakat masing-masing. Asas penting yang
menjamin kesinambungan permainan ini pada masa lalu ialah
keseragaman cara hidup nenek moyang kita.
Tetapi sedarkah kita bahawa permainan warisan yang kita warisi
sejak dulu lagi semakin lama semakin dilupakan
dan hilang bersama dengan peredaran zaman.
Namun yang menyedihkan ada di kalangan anak muda sekarang tidak 
mengenali permainan-permainan tradisional seperti
congkak, layang-layang, gasing, ceper dan sebagainya


PErmainan ceper
Lawan kemuncup
Batu seremban- buah batu



Permainan- gelang getah
Permainan gasing


Oleh itu, peliharalah dan pertahankan warisan nenek moyang kita ini.




Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 56 pada 31 OGOS 2013

Tema dan logo hari kemerdekaan pada Tahun 2013

MAKSUD-LOGO-56-MERDEKA+(1)
 Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata,
 tema itu lebih bersifat perpaduan dan berorientasikan kepada patriotik dan kesatuan negara bangsa.“Tema ini dipilih bagi memberikan peringatan kepada rakyat akan kepentingan bersatu mempertahankan negara di samping mewujudkan kesedaran rasa sayang dan cintakan negara,” kata kenyataan itu.


 TOKOH DAN PAHLAWAN MALAYSIA

Bersesuaian dengan Bulan Patriotisma, PSS SMK Seri Sendayan
kali ini menampil dengan tema
"TOKOH DAN PAHLAWAN MALAYSIA"
bagi pameran bertema bulan ini.




Diharapkan warga SMK Seri Sendayan 
mendapat info dan sedikit sebanyak tentang tokoh dan pahlawan Malaysia
yang telah dipamerkan.


PSS SMKSS mengucapkan
kepada semua warga SMKSS
 
dan
 
 


Pada 4 Julai 2013 seramai 40 orang pelajar SMK Seri Sendayan 
dengan diiringioleh dua orang guru iaitu Admin pss dan Ustazah Hayati
 telah ke Ekspo Buku Islam Negeri Sembilan di Terminal One, Seremban.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada 
Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan
kerana menganjur dan mengundang kami ke ekspo ini.
Sebuah bas telah disediakan bagi lawatan ke Ekspo Buku Islam ini.





Penerangan tentang tulisan khat
PElajar-pelajar mendapat cenderahati dari Perpustakaan Awam NS



Walaupun tidak sebesar mana ruang pamerannya, tetapi 
suasananya sungguh ceria dan
disulami dengan aktiviti-aktiviti yang menarik seperti kuiz, 
sesi bersama pelukis khat dan lain-lain lagi.
Semoga usaha murni ini dapat diteruskan bagi menyemarakkan budaya
membaca di kalangan pelajar khususnya.