twitter



Antaranya : Pakar Forensik

Ahli Geomatik

Pegawai Pertanian

Baiklah, kali ini Pusat Sumber Sekolah telahpun menambahkan artikel untuk minggu ke 3 dan ke 4 dengan tajuk yang sama iaitu KERJAYA. Tema kali ini sebenarnya sedikit sebanyak menarik perhatian pelajar-pelajar untuk mengetahuinya lebih lanjut mengenai KERJAYA ketika berkunjung ke PSS.

 Penterjemah Mahkamah?


 Juruhebah?

Bidang Kejuruteraan Elektronik?


Hendak Tahu Kerjaya Yang Sesuai Untuk Anda 

Klik di sini...........KERJAYA

Ikuti kuiz mengenal peribadi anda.
Ketahuilah perkerjaan yang bersesuaian dengan anda…
Adakah anda sesuai sebagai ahli politik, ahli perniagaan, atau sebagai ahli pendidik?
Layakkah anda untuk menjadi seorang Jurutera, Doktor dan sebagainya..
Nilaikan keperibadian dan pekerjaan.


Pilih Kerjaya Bukan Kerja!!!!!!!


 Salam Sejahtera!!!!!

Pada 15 Mei 2012, Guru Perpustakaan dan Media (GPM) telah menghadiri bengkel pengurusan PSS 
Fasa 1 yang telah dikendalikan oleh En Thanesh, pegawai Teknologi Pendidikan, PKG Nilai.
Bengkel ini bertujuan untuk mendedahkan kepada GPM tentang analisa SWOT, Perancangan Strategik Pusat Sumber Sekolah, Perancangan dan Pengurusan PSS dan Fail Pengurusan PSS.




Terima Kasih kepada En Thanesh kerana banyak memberi khidmat bantu
kepada GPM:)


Jumpa lagi Teman PSS!!!!!!


16 MEI

Sekali lagi tarikh keramat ini disambut oleh seluruh warga pendidik di seluruh negara. Telah tersurat dan tersirat bahawa tugas guru adalah tugas mulia. Terima kasih kepada kawan-kawan kerana memilih kerjaya sebagai guru. Sesungguhnya guru mempunyai tanggungjawab yang:
berat, jika dianggap berat,
mudah, jika mengambil mudah
mulia, jika dilaksana dengan sepenuh jiwa raga

Sacrifice is greater than love
character is greater than beauty
humanity is greater than wealth
BUT
nothing is greater than a teacher.

 

Tema: Hari Guru 2012
 Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara

Lagu Hari Guru 2012


Selamat Hari Guru:)



Tarikh: 9 Mei 2012
Hari : Rabu
Tempat: PKG Nilai
PKG Nilai telah mengadakan taklimat/bengkel untuk Guru Perpustakaan dan Media (GPM) yang mana telah dikendalikan oleh En Thanesh, Pegawai Teknologi Pendidikan.
Bengkel ini bertujuan memberi maklumat mengenai pengisian data IQPSS dan iNilam untuk pihak sekolah.
GPM perlu memahami aspek-aspek pengisian data secara atas talian untuk data IQPSS dan iNilam.
Dalam masa 3 jam, semua GPM telah berjaya memasukkan data-data yang diperlukan dalam iNilam.

Terima kasih:)




Bercita-cita menjadi ahli geomatik?

Atau

Pakar Forensik?

Ataupun 

Pegawai Pertanian?


Nak Tahu!!!!!!!!

Selamat Berkunjung ke Pusat Sumber Sekolah 
SMK Seri Sendayan
Untuk Mendapatkan Informasi

Tema: Pameran Bertema Bulan Mei
KERJAYA


Pelancaran Program NILAM telah dirasmikan oleh En Noh b. Ahmad selaku GPK Akademik, SMK Seri Sendayan pada 7 Mei 2012.
Pn Latipah sebagai Guru NILAM mengacarakan program NILAM


Ucapan Perasmian oleh En Noh b. Ahmad



Bicara Buku oleh Saudari Siti Nur Baizura
Inilah Pelajar-pelajar SMKSS

Persembahan Puisi dengan diiringi oleh pemuzik-pemuzik  muda SMKSS



Diharapkan dengan pelancaran Program NILAM ini, pelajar-pelajar lebih cenderung ke arah tabiat membaca. Pelbagai aktiviti telah dirancang bagi memupuk semangat membaca di kalangan pelajar.

PSS SMK Seri Sendayan juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini yang akan berjalan hingga ke akhir Oktober ini.

p/s: Kertas Kerja Nilam dan Aktiviti Tahunan NILAM boleh dimuat turun



Tak lama lagi, kita akan sambut Hari Ibu iaitu pada 13 Mei 2012 hari Ahad ini.
SELAMAT HARI IBU,  PSS SMK Seri Sendayan ucapkan khususnya buat sekalian ibu-ibu dan bakal-bakal ibu di seluruh pelusuk dunia. 

 Kasih ibu membawa ke syurga, Syurga di bawah tapak kaki ibu, begitulah ungkapan yang sering kita dengar.Setiap kali sambutan hari ibu berlangsung kita juga tidak terlepas dari mengingati ibu kita,tidak kiralah cara bagaimana kita mengingatinya yang penting kasih terhadap ibu sentiasa tersemat dijiwa dan berpanjangan…

      Hari Ibu ini diwujudkan adalah sebagai langkah untuk memberi pengiktirafan kepada seluruh ibu di dunia tentang jasa dan pengorbanan mereka.
Baiklah, jangan lupa doakan kesejahteraan dan kebaikan buat ibu kalian.


Sesungguhnya, tanpa mereka disisi, siapalah kita.

Hargailah mereka selagi adanya insan yang bergelar IBU


"Selamat Hari Ibu" 



SALAM  SEJAHTERA DAN SALAM 1 MALAYSIA..............

Di sini, ada satu perkara yang ingin saya kongsi bersama.
Awal pagi semalam dan sampailah hari kedua pagi ini, saya bersama seorang staf sokongan sekolah sangatlah sibuk mengemas dan menceriakan bilik kerja pss. Dalam mengemaskan dan mengeluarkan majalah-majalah yang dah agak lama serta suratkhabar-suratkhabar yang dah nak sampai ke dinding, terjumpalah satu majalah yang memang sungguh lama. Agak terkejut juga saya lihat tahun terbitan majalah tersebut. Hah..............skrol lah  ke bawah untuk melihat imej tersebut:)





Ya, itupun dia............majalah Dewan Sastra yang kini dikenali sebagai Dewan Sastera. Majalah ini telahpun berusia 36 tahun. Majalah ini adalah keluaran Ogos tahun 1975. Harganya hanyalah 80 sen. Agaknya pembaca-pembaca ada yang belum lahir lagi, kan?
Untuk pengetahuan pembaca,
"Dewan Sastera diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka setiap pertengahan bulan sejak Januari 1971 dan awal bulan mulai Jun 1986.

Satu-satunya majalah sastera elit di Malaysia, menjadi rujukan utama buat penggemar sastera tempatan. Sidang editornya pernah dikelolai oleh nama-nama besar dalam bidang kesasteraan tanah air, seperti Sasterawan Negara Keris Mas, Sasterawan Negara Usman Awang, Sasterawan Negara Abdullah Hussain, Kemala, Suhaimi Muhammad, Sasterawan Negara Anwar Ridhwan, Zaen Kasturi dan Siti Zaleha Mohd Hashim.

Majalah yang menjadi wadah untuk paparan semua genre sastera seperti skrip, cerpen, sajak, puisi dan lain-lain. Sesuai untuk tatapan masyarakat umum khususnya kepada mereka yang meminati perkembangan sastera tanah air, peminat penulisan kreatif dan bukan kreatif serta para ilmuwan".
Maklumat ini dipetik dari: http://www.facebook.com/dewansastera





Watikah Perlantikan Pengawas Pusat Sumber Sekolah telah disempurnakan oleh GPK Akademik, En Noh b.Ahmad pada 13 Februari 2012 (Isnin) jam 7.50 pagi. Diharapkan pengawas PSS lebih bersemangat dan bertanggungjawab dalam mengurus dan memberikan komitmen yang terbaik. Tahniah ye.....kepada pengawas-pengawas PSS. Dan selamat menjalankan tugas!


Jangan lupa tinggalkan jejak di ruang komen ye.
Terima kasih.



Salam Sejahtera............


Waktu terus berlalu, lembaran demi lembaran telah dilalui. Coretan demi coretan telah memenuhi, kadang tak bererti, kadang tanpa makna, atau hanya sedikit makna. Semoga di tahun ini setiap lembaran memiliki makna, setiap lembaran bermanfaat. Selamat tahun baru 2012. Semoga lebih sukses dan bermakna

Selamat tinggal kenangan selamat datang harapan.
Selamat tahun baru 2012.
Semoga lebih baik dibanding tahun sebelumnya.

"Yesterday is memory. Today is a gift. TOmmorow is a Hope. Let’s begin New Year 2012 with faith, love, peace and new hope"