twitter


Pada 4 Julai 2013 seramai 40 orang pelajar SMK Seri Sendayan 
dengan diiringioleh dua orang guru iaitu Admin pss dan Ustazah Hayati
 telah ke Ekspo Buku Islam Negeri Sembilan di Terminal One, Seremban.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada 
Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan
kerana menganjur dan mengundang kami ke ekspo ini.
Sebuah bas telah disediakan bagi lawatan ke Ekspo Buku Islam ini.





Penerangan tentang tulisan khat
PElajar-pelajar mendapat cenderahati dari Perpustakaan Awam NS



Walaupun tidak sebesar mana ruang pamerannya, tetapi 
suasananya sungguh ceria dan
disulami dengan aktiviti-aktiviti yang menarik seperti kuiz, 
sesi bersama pelukis khat dan lain-lain lagi.
Semoga usaha murni ini dapat diteruskan bagi menyemarakkan budaya
membaca di kalangan pelajar khususnya.







Pertandingan penghasilan fail tegak antara panitia mata pelajaran 
 telah dipertandingkan sempena Minggu Pusat Sumber
SMK Seri Sendayan yang berlangsung selama dua minggu.

  
(TUGASAN PENGHASILAN FAIL TEGAK)
PERTANDINGAN FAIL TEGAK
ANTARA PANITIA-PANITIA MATAPELAJARAN
SMK SERI SENDAYAN
ANJURAN PUSAT SUMBER SEKOLAH
TAHUN 2013

1. CARA-CARA MEMBUAT FAIL TEGAK (SEPERTI YANG DILAMPIRKAN)
2. TUGASAN
v BUAT SATU FAIL KERATAN AKHBAR
v JUMLAH KERATAN 20 HELAI KE ATAS
v PILIH SATU TEMA/ TAJUK KHUSUS
v AKHBAR BAHASA MELAYU / INGGERIS/ MAJALAH/ RISALAH/ SUMBER-SUMBER LAIN
v MEMPUNYAI SENARAI ISI KANDUNGAN
v MEMPUNYAI ABSTRAK
v MELAKSANAKAN PROSES TEKNIK BAHAN
3. PEMILIHAN FAIL TEGAK TERBAIK 
v JUMLAH HELAIAN
v HELAIAN YANG DIPILIH BERSESUAIAN DENGAN TEMA/ TAJUK
v KREATIVITI
*HADIAH MENARIK MENANTI ANDA
*PERTANDINGAN FAIL TEGAK INI BERLANGSUNG SELAMA 2 MINGGU
 (17 JUN HINGGA 28 JUN 2013)
v MENEPATI FORMAT 


Antara fail tegak yang mendapat tempat pertama, tempat kedua dan ketiga.






Pemenang pertama: Panitia Pendidikan Moral~Pn Avilin
Pemenang kedua: Panitia Pendidkan Islam~Pn Hayati
PEmenang ketiga: Panitia Geografi~Pn Norazmaliza

Tahniah kepada Panitia Mata pelajaran yang berjaya dan juga  jutaan
terima kasih kepada yang telah mengambil bahagian.


p/s: Borang penghakiman fail tegak boleh dimuat turun. KLIK


Pelancaran Kempen 1 Warga 1 Buku telah dilancarkan pada 17 Jun 2013. 
Kempen ini berlangsung selama 2 minggu iaitu dari 17 Jun hingga 28 Jun 2013.

Program ini telah dirasmikan oleh GPK Akademik SMKSS, 
Encik Noh b. Ahmad.








Penutupan Kempen 1 Warga  1 buku

Antara buku-buku yang telah didermakan oleh Warga SMKSS
Buku-buku ilmiah, fiksyen, ensaiklopedia dan kamus.

Penderma terbanyak bagi kategori pelajar
Penderma terbanyak kedua bagi kategori pelajar
Penderma terbanyak bagi kategori guru dan staf

Terima kasih kepada penderma buku yang telah sudi mendermakan
buku-buku kepada Pusat Sumber Sekolah SMKSS.

p/s: Kertas Kerja 1 Warga 1 Buku boleh dimuat turun dengan KLIK


Salam Sejahtera dan Salam Perpaduan!!!

Pada 17 Jun hingga 21 Jun 2013 Pusat Sumber Sekolah SMK Seri Sendayan
telah berjaya melancarkan program Minggu Pusat Sumber dengan jayanya. 

Beberapa aktiviti telah diadakan sempena Minggu Pusat Sumber.



Gimik pelancaran oleh GPK Akademik, En Noh

Gimik Pelancaran oleh PEnyelia petang, Pn Rozlina



Pertandingan Biar Buku Bicara

Hakim pertandingan Biar Buku Bicara
Pertandingan Melukis Kulit Buku
Tekun melukis...............:)
Antara lukisan-lukisan................

Antara buku skrap yang dipertandingkan....
Hadiah-hadiah minggu pss (sesi pagi)
Penyampaian hadiah oleh Tn Pengetua SMKSS


Cabutan untuk pengunjung bertuah








Terima kasih yang tidak terhingga kepada yang terlibat
secara langung dan tidak langsung dalam menjayakan
minggu pusat sumber

p/s: borang penghakiman "biar buku bicara"
dan tugasan fail tegak serta tugasan buku skrap boleh dimuat turun. KLIK