twitter


Pada 27 September (2.30-4.30 petang) telah diadakan bengkel automasi (peringkat 1) untuk pengawas PSS SMK Seri Sendayan. Seramai 12 orang pengawas PSS terlibat dalam bengkel ini. Dalam bengkel ini para pengawas didedahkan cara penggunaan sistem automasi yang akan digunakan di Pusat Sumber pada tahun 2013. Pengawas PSS juga didedahkan dengan cara menguruskan pinjaman dan pulangan buku menggunakan sistem automasi menggunakan sistem SIAPS. Pelajar yang ingin meminjam buku di PSS perlu menunjukkan 'SIAPScard' dan pengawas PSS akan 'scan' pada buku dan pada 'barcode' di buku yang hendak dipinjam. Pengawas PSS  juga diajar cara memasukkan data tentang buku atau maklumat peminjam selain cara mencetak senarai pelajar lewat meminjam dan cara mencari buku yang ada di Pusat Sumber.Jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam pengoperasian sistem pengautomasian ini.

Syabas dan terima kasih kepada pengawas PSS.
 Selamat Bertugas ye:)


"OLD IS GOLD"

 The proverb " Old is Gold" even though very short , has its own deep meaning , lying deep down, which if understood and used is worthy in our life.
 The actual meaning of this proverb is that whatever is old is actually valued as gold.
No one could deny the fact that whatever we value the most is the old things.
Ultimately , the proverb's saying that old things are not waste but are really precious , is true.

Bersesuaian dengan tema bulan ini, PSS SMKSS telah mempamerkan beberapa barangan-barangan antik dan lama di perpustakaan bagi tatapan warga SMKSS. Tujuan murni ini adalah agar generasi muda mengenali dan mengetahui barangan-barangan yang adakalanya tidak pernah dilihat atau diketahui oleh mereka. Contohnya dapur minyak tanah, dacing, pending (tali pinggang) dan sebagainya. 


PSS SMKSS mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru dan orang perseorangan kerana kesanggupan mereka berkongsi koleksi mereka bagi tujuan murni ini.